Buat sahabat Nur Alia Mazalan,
Bayangkanlah dirimu Mus'ab bin Umair
Yang dihantar Rasul untuk menyiapkan akidah Ansar
Mengetuk pintu-pintu hati bangsa dengan cinta
Bayangkanlah dirimu berhijrah ke satu dunia
Yang sentiasa mengharapkan mahabbah da'iyah
Aku doakan
mereka menyambutmu riang
Ibarat Rasul disambut puisi keraian
Saat hijrah Baginda
Kami akan menyusulmu
Ibarat sahabat baginda yang ternanti-nanti
Detik kemenangan hijrah
Aku menghantarmu dengan senyuman
Agar kau kembali dengan tenang
Tiada titisan air mata yang gugur
Agar kau tidak tega berundur
Bukan tidak kutangisi pemergian
Hanya kuingin memberimu ruang
Tarbiyah ini mengajarku kekuatan
Ukhuwwah kita bukan sebarang
Memori kita bukan hanya kenangan
Tapi wadah kekuatan untuk yang mendatang
Bumi itu butuhkan insan
Untuk menyubur dan mengalirkan
Mulianya Islam di bumi Tuhan
Andai kaumerindui
Lihatlah langit yang menaungi
Nescaya kau tahu hati kita bersatu
Memastikan gerabak ini terus memacu
Sabar dan teruskan kesabaran
Urusan kita lebih banyak dari masa
Kerana risalah ini kita tanggung bersama
1 comments:
:)kamu betul.
Saya tak pandai susun ayat. Ini hadiah saya buat kamu.
http://www.youtube.com/watch?v=GW1COisumBo
Saya tunggu kamu. Sama2 kita perkuatkan saff. Jumpa di Malaysia iA.
Alia.
Post a Comment