Namun, lebih kusyukuri kerana di sini, aku mengenali hakikat puasa, hakikat iman dan hakikat Islam.
Ramadhan kali ini disambut penuh unik kerana aku tidak berulang-alik ke universiti dan menghadiri kuliah, tetapi bekerja tanpa gaji sebagai salah satu daripada latihan klinikal. Bekerja di kaunter amatlah menarik. Saban hari terpaksa melayan karenah pelanggan yang pelbagai. Teruji kesabaran lantaran sikap dan gaya komunikasi orang tempatan Australia yang gemar menc**** walaupun di tempat kerja.
Berjumpa dengan berbagai-bagai bangsa, berjenis-jenis manusia, aku terpempan. Mereka ini jika ditakdirkan mati tanpa syahadah di bibir, maka akan terbakarlah jasad mereka di neraka. Namun, syahadah yang menjadi kunci imanku tidaklah hanya sebaris kata.
Aku disapa seorang pelanggan pada hari ini, bertanyakan asal negaraku. Sudah jelas lagi aku seorang muslimah kerana hijab yang tersarung ini. Beliau menyatakan beliau mempunyai ramai sahabat dari Malaysia yang berpakaian sepertiku.
''Do you hear what I'm saying?''
''Sorry?''
''Asyhaduallailaha illallah, waasyhadu anna muhammadar rasulullah''
Aku tersenyum lebar.
"So, you are a muslim? Are you fasting today?"
''Oh no, I had reconvert to Christian a few years a go. I married my wife who is an Orthodox and gave it up.''
Kecewa lagi, hilang sudah senyuman di bulan mulia ini. Bertambahlah umat manusia yang akan menjadi penghuni neraka.
Tulus dari hati aku doakan pakcik tadi mendapat hidayah Allah untuk kembali ke pangkuan Islam. Semoga keberadaan aku di tempat itu dan kedatangan pakcik itu untuk mengambil ubatnya menjadi pembuka jalan hidayah; pakcik itu dan pakcik-pakcik dan makcik-makcik lain yang dahagakan ubat-ubatan untuk teruskan perjalanan kehidupan di atas muka bumi Tuhan.
“Sungguh jika Allah memberi petunjuk kepada seseorang melalui engkau maka itu lebih baik bagimu daripada engkau memiliki unta merah.” [Hadis Riwayat Muslim]

Benarlah, syahadah itu bukan hanya ucapan yang meniti di bibir manusia. Dia datang bersama tanggungjawab, tauhid dan amal untuk Empunyanya. [Kalau tak, pakcik tadi itu pun dah lama menjadi muslim].
Selamat berpuasa. Semoga puasa kita ini melonjakkan ketakwaan kita di akhirnya nanti, seiring dengan syahadah yang kita ucapkan saban hari.
Amin Ya Rabb.
1 comments:
like this entry...
Syahadatul Haq: bukan sekadar di bibir...(^_^)
Post a Comment