Friday, 20 November 2009

The Hope in Silence

0 comments
The Hope in Silence

One can only hope in silence.
When there is nothing there to explain the heart
When silence is the best guard

One can only hope in silence.
Bet that they didn't see the hard-twisted knot
What's inside that waiting to rot

One can only hope in silence.
For silence is the hold of one's sanity
Let them believe in their vanity

One can only hope for silence
For it is one's essence
To be in balance
To search for the in-between distance

Tuesday, 10 November 2009

Sonnet 18

0 comments
Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate:
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date:

Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimm'd;
And every fair from fair sometime declines,
By chance, or nature's changing course, untrimm'd;

But thy eternal summer shall not fade,
Nor lose possession of that fair thou owest;
Nor shall Death brag thou wander'st in his shade,
When in eternal lines to time thou growest;

So long as men can breathe, or eyes can see,
So long lives this, and this gives life to thee.

William Shaksepeare (1564 - 1616)

falling in love with love is falling for make believe

Monday, 9 November 2009

Kuatkan Tekad dan Semangat

0 comments
Seorang muslim sejati tidak pernah berputus asa. Hatta ketika di hari pembalasan, di mana di berdepan dengan malaikat pemberi buku catitan amalan. Terus berharap di saat-saat genting itu, berharap mendapat buku catitan amalan di tangan kanan, sebagai petanda jalan ke syurga.

Kenapa berputus asa tika stress melanda? Ia hanya tindakbalas fisiologi badan ketika berdepan dengan situasi yang menakutkan. Ya, perasaan itu, hanya rembesan bahan kimia di tubuhmu terhadap apa yang sedang kamu lalui.

Penghujung kegagalan adalah putus asa. Muslim sejati sentiasa mengatakan tidak pada putus asa. Sedang syaitan musuh yang nyata bagi manusia pun tidak pernah berputus asa cuba untuk mencari dan memasukkan manusia ke neraka sebagai teman mereka. Mahukah kita menjadi lebih teruk daripada syaitan durjana menjerumuskan diri ke kancah kegagalan?

Jelaskan matlamatmu. Anggaplah ujian itu sesuatu yang akan menjadikan dirimu semakin kuat menghadapi hari esok. Things that doesn't kill you make you stronger. Even if you are killed in achieving your dream, there is still hope with Lord by your side.

Tuesday, 3 November 2009

First Step

0 comments
Assalamualaikum,


Saya ingat perasan saya akan lega lepas 14 minit bertarung di Brookman's Hall 1903, tapi ternyata tidak. Masih resah dan nervous. Serius tak pernah gementar macam ni sekali. Mungkin terlebih adrenaline la kot.


Semester lepas, buat juga seperti ni untuk Oral test Pharmaceutics 300 dan Medication History Taking Test untuk subjek Applied Pharmacotherapeutics 300. Tak pun macam ni. Macam mana ni?

Malam tadi sebelum tidur saya telefon emak, tapi Abah yang jawab sebab Emak sudah tidur. Pelik sekejap sebab berborak tentang kerisauan hati dengan Abah. pastu minta Abah dan Emak tolong doakan saya agar tak nervous sangat esok. Pagi-pagi bangun macam biasa, tapi sujud lama sikit, minta ditenangkan hati.

Masuk dewan, duduk 7 minit, terus start. Tergagap-gagap sikit, muka buat-buat confident, built rapport dengan patient yang macam stone sikit, pastu habis. Semalaman saya risau macam nak pecah dada, untuk 5 minit lebih je. Aiyo! Bila dah keluar dewan, baru teringat terlupa itu, terlupa ini. Apa-apala. Tawakal 'Ala Allah. Saya dah buat yang terbaik, terbaik yang saya boleh lakukan pada masa itu.

Imam al-Ghazali pernah berkata 'yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu'. Betul-betul, memang tak boleh kembali ke masa lalu. Dalam TV tu auta je, semua yang mesen-mesen nak kembali ke masa lalu, atau pergi ke masa hadapan. Imaginasi manusia sahaja.

Tak pasti entri ini boleh buat ke tak sebenarnya. Takut Eiva marahla pulak. Takpela, saya tak cerita apa-apa tentang soalan yang keluar pun. Huhu.

Kalau nak ikutkan, best juga borak-borak dengan patient. Looking forward for more counselling session especially with the coming Professional Placement in January which is not far away from now.

Saturday, 17 October 2009

tahun depan

6 comments

Assalamualaikum,

Semalam baru dapat berita. Clinical placement rotation 1 Fourth Year bermula 1 Januari 2010 (walaupun saya tak ambil Honours pon)! Pastu, tempatnya di Chemist Warehouse Rundle Mall. maknanya...

... cuti jadi pendek (sebulan saje)
... masa dengan keluarga jadi singkat
... tak dapat pergi walimah orang
... tak dapat jaulah lama-lama
... summer (panas tak tahan!) di Adelaide. heat wave etc.
... sangat sibuk sebab Pharmacy itu sgt popular dgn ubat-ubat yg murah, jadi akan banyak rx perlu didispens
... saya, Salimah dan Lynn je kat sini. mesti sunyi. Adelaide kosong summer depan.
... MESTI pass sem ni. Kalau tak, it will become complicated.

sekarang masih tidak percaya. betul ke? betul ke?

...... cuti sekejap je, baik tak payah balik summer! huhu. tapi dah beli tiket. Pening-pening......

Wednesday, 14 October 2009

Sendiri dan Menyukainya

1 comments
Semalam aku telah diberi peluang oleh Allah untuk berjalan bersiar-siar berzikir dan membaca al-Mathurat di Torrens River. Alhamdulillah nikmat yang diturunkan oleh Tuhan ini sedikit sebanyak dapat menyembuhkan gundah gulana yang telah bersarang dalam jiwa ini setelah beberapa lama.

Aku tidak gila. Memang aku sifatnya, mencari ketenangan dengan bermonolog dalaman dan terkadang luaran. Jadi, tidak pelik buat diri ini (andai benar kau kenaliku) jika kelihatan bercakap sendiri atau berbual kosong dengan objek-objek atau hidupan yang diketahui tidak dapat berkomunikasi dengan manusia sepertimana manusia dengan manusia.

Memang bila kita bersendirian, syaitan lebih mudah menyusupkan jarum-jarum fitnah dan hasutan agar melakukan dosa dan maksiat. Namun sebagai manusia biasa, tidak kunafikan aku memang perlu pada keseorangan, untuk memberi ruang aku menyusun kembali urusan dunia, urusan akal dan urusan jiwa. Aku suka, mencari kasih sayang dan sentuhan lembut ingatan dari Tuhan melalui kiriman angin yang mendamaikan. Juga melalui gelagat manusia yang tidak berhenti ke sana-sini meneruskan kehidupan.

Dan semalam aku mendapatkannya kembali.

Juga terserlah kembali kepelikan apabila aku mula berbicara urusan kehidupan dengan beberapa ekor itik.

"Apa perasaan kau?
Melihat keindahan alam ciptaan Allah ini
dicemari botol-botol arak
serta orang yang mabuk dengan arak dan mabuk dengan dunia?
Apa perasaan kau,
menjadi saksi maksiat di bumi yang asing dengan agama tauhid?
Apa perasaan kau?
Melihat manusia mengabaikan hukum Tuhan mereka?"

mesti kau ketawa,
melihat manusia yang lalai dengan amukan dunia,
bakal diseksa nanti.
mesti kau gembira,
kau tidak perlu menempuh
azab di kubur, hari kiamat dan hari timbangan amal.
mesti kau bersyukur,
kejadianmu mengingatkan manusia
-terutamanya aku-
supaya kembali kepada Sang Penciptamu."
(sesi borak/sembang bersama itik di Torrens River)

Ajaib, apabila sesi di pinggir sungai ini, apabila dakapan dari bayu lembut di senja hari mampu mengeringkan air mata, mampu memberi alamat kekuasaan dan ingatan daripada Tuhan manusia.
alhamdulillah, aku masih sendirian dan tiada yang merisaukan diri ini. tanda dari Dia

Sunday, 4 October 2009

Iron Muslimah.

1 comments
Maaf sahabat, bukan bermaksud untuk berbohong. Tapi hanya berhelah untuk mengelakkan soalan-soalanmu. Aku hanya manusia biasa, punya perasaan.

Sahabat, ternyata telahanmu betul. Ternyata air mata itu adalah dari tangisan jiwaku yang merindu. Di Aidilfitri kali ini, hatiku terlalu ingin untuk pulang ke sana. Sepertimana sahabat-sahabatku yang lain. Namun kerana tanggungjawabku di sini, tanggungjawab yang masih berbaki, aku melawan perasaan. Kerna ku fikir, semakin seseorang itu meningkat usia, makin kurangnya pautan hati pada kampung halaman, pada keluarga. Ternyata aku salah.

Lantas aku terus sibukkan diri, malas untuk melayan perasaan yang semakin mendera, Aku mahu terus berusaha, tidak mahu tewas pada rindu ini, tidak mahu lemah pada dugaan kecil ini.

Aku mahu sibuk, benci pada masa lapang. Kerna masa lapang itu membunuh.

Membunuh iman
Membunuh potensi
Membunuh jiwa

Ya Allah, bantulah hambamu ini. Aku mahu menjadi gadis kental iman. Iron muslimah.
 

Under Your Guidance Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template